Friday, February 18, 2011

Hampir Setahun Sudah Berlalu...

Assalamualaikum...

Kali ni bercerita pula setelah hampir setahun penubuhan Sweet Lavender Laundry & Boutique... Nantikan citer selanjutnya.... k!

Thursday, March 11, 2010

Alhamdulillah..

Salam semua...

Salam kepada semua yang baca blog ni....
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke 17 ...Sweet Lavender Laundry & Boutique dibuka...dari hari ke hari, Alhamdulillah, pelanggan pun makin bertambah...ada dari Taman Pelangi , Taman Rinching, Bandar Tasik Kesuma....& dah ada regular customer...syukur...terima kasih banyak2..

Promosi pembukaan masih lagi berlangsung sehingga 22hb April, jadi rebutlah peluang & datang beramai-ramai untuk melihat koleksi pakaian kanak-kanak pelbagai jenama terkenal...serta mendapat perkhidmatan dobi dari kedai kami...

Untuk butik, diskaun sehingga 50% untuk semua koleksi yang dipamerkan.

Untuk dobi pula, pelbagai diskaun & harga promosi untuk pelbagai jenis cucian seperti Dry Cleaning, cucian biasa, comforter, toto dan lain-lain lagi...

Jom cuci kat sini...

Wednesday, February 24, 2010

Hari Pembukaan....



Assalamualaikum..

Tepat jam 10 pagi...pada 22/02/2010 dengan rasmi nya kedai kami dibuka...walaupun takda iringan kompang, pertunjukan bungan api, hiasan belon depan kedai dan jemputan dif-dif kehormat...heheh...Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar....Customer pertama kami sorang cikgu, Cikgu Liza yg datang hantar toto & comforter untuk kami cucikan....terima kasih cikgu...( tak sempat nak snap pic cikgu Liza )...kalau cikgu Liza ada baca ni...emm cikgu, toto & comforter nyer dah siap dah...heheh

Ini pic bahagian hadapan kedai,..light box belum lagi dipasang..




Jom kita tengok bahagian butik...view sikit koleksi pakaian kanak-kanak....





Bahagian depan kaunter, ..bos sedang kusyuk buat promosi...

Alhamdulillah...hari pertama, sambutan menggalakan dari penduduk Taman Pelangi Semenyih..
hari toto & comforter..terima kasih semua...nanti hantar lagi yer...


Ini yang dah siap ...ada cikgu Liza punya tu..heheh..jgn marah yer cikgu..gurau jer...

Saturday, February 20, 2010

Langkah pertama..siri 3

Assalamualaikum..

Lepas CNY, memang kelam kabut habis,..setiap hari lepas abis keja terus gi ambik wife n kids..terus memecut ke kedai...dum dam..dum dam kat kedai...pkl 12 tgh malam baru balik rumah. Semalam dekat pukul 3 pagi baru sampai rumah...kesian kat budak-budak tu...letih..malam ni..confirm kena lepak lagi kat sana.... La ni dah sampai ke peringkat akhir dah, tengah kemas-kemas..tambah apa-apa yang patut...tinggal 2 hari nak buka kedai secara rasmi,...eeee seram sejuk...moga-moga berjaya la hendakNya ...aminnn...

Saturday, February 13, 2010

Langkah pertama....siri 2

Yer bertemu kembali..heheh...

Awal-awal pagi ni,tengah bersiap-siap nak ke kedai..ada lagi benda pasang sana..pasang sini...susun atur belum buat..ada lebih kurang seminggu lagi nak buka...so dah x banyak masa dah ni..

Ok kali ni, kami ceritera sikit sebanyak rupa kedai yang mula nya kosong..sampai lah sekarang ni...

Saat mula-mula dapat kunci, buka jer ..huh...luasnyer...75' panjang...macam panjang rumah teres...kena plan macamana nak buat partition..apa-apa pun kena cuci lantai dulu....

kat bahagian depan kedai ni actually dah ada partition..dulu kedai ni bekas site office untuk Tesco Semenyih...so apa lagi guna balik ler partition..jimat!!..jimat!! fuh..fuh..kat atas ni kontraktor dalam proses nak alihkan partition lama & buat partition baru.


..dah selamat dialihkan....sebahagian dah pasang kat belakang tu...

ni kat bahagian belakang..buat bilik untuk kemudahan staf...nak solat ke....nak tido ke (ehem..ehem..kalau tido bos saja bleh heheh)...

..pemandangan bahagian belakang kedai...


Proses mengecat pun bermula...mula bakal penyelia kedai kami yang buat...separuh hari baru siap...pastu ada lah hamba Allah ni..pekerja Indonesia,nama Basri...meng offer diri nak tolong...dengan syarat..blanja makan dah ler...huh apa lagi...bagi ler dia.....

..hehe tak sampai 1 jam dah siap semua.....hehehhe.....terer..terer...( memang ler..sbb dia keja cat rumah kat area tu....)

lepas ni...nak buat wiring,pasang pintu cermin & bawa masuk peralatan apa-apa yang patut...


..bersambung....ke siri 3

Friday, February 12, 2010

Langkah pertama..siri 1

Assalamualaikum..

Dalam ni kami nak berkongsi sedikit sebanyak bagaimana proses pembikinan kedai Sweet Lavender Laundry & Boutique.

Mula-mula perancangan, nak sewa kedai area Bangi. Servey punya servey, kawasan yang kami rasa amat sesuai di Seksyen 7 Bangi. Disebabkan kos sewa yang terlalu tinggi, antara RM3200-RM4500... so tak jadi.. kemudian servey pulak di Reko Central...nampak ok, fikir punya fikir...kerna kawasan tu agak jauh dari penempatan..so terpaksa kansel lagi. Kamdian ada lah sorang agen ni bagi cadangan kat kawasan baru,di Taman Pelangi Semenyih...mula-mula memang ler tak berminat sangat, sebab jauh dari Putrajaya..nak ulang alik nanti,adeh..letih nih...takperlah pegi jugaklah tengok,manalah tau...mungkin ada rezeki kami disana..

Sampai jer kami kat sana..pandangan pertama,80% dah berkenan...20% lagi..emm nak kena minta pendapat kawan-kawan,otai-otai dulu..yer lah...pendapat kawan-kawan pun boleh pakai jugak kan. Alhamdulillah respon dari kawan-kawan memang ok sangat...terus setuju dengan agen tu,suker agen tu...dapat ler komisyen...kenapa sampai 80%...haa ini antara sebabnya..

1.. ada Tesco kat jalan nak masuk ke Taman pelangi tu...siap ada KFC & Pizza Hut lagi..

2. laluan ke Tesco akan melalui depan kedai yang kami nak sewa tu...menarik kan...
3. Kawasan Taman Pelangi yang padat ...haaa ini yang paling sesuai...

bersambung...

Tuesday, February 2, 2010

Assalamualaikum kepada semua...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani...

Assalamualaikum & salam sejatera kepada semua pengunjung...

Alhamdulillah syukur kepada Allah, perancangan untuk memulakan langkah pertama dalam perniagaan telah pun dimakbulkan. Langkah seterusnya untuk terus berjaya dalam perniagaan ini. Insyaallah.

Kepada semua pengunjung, pelanggan dan keluarga yang telah banyak memberi sokongan, pihak kami amat-amat berterima kasih & teruskan sokongan anda kepada kami, Insyaallah kami akan melakukan yang terbaik & memberikan kepuasan kepada semua. Segala kekurangan kami mohon diberikan teguran membina supaya dapat diperbaiki segala kelemahan yang ada.
 
Powered By Wanshah | Original Design For SWEET LAVENDER Laundry and Boutique © 2010 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top
We're WELCOMING YOU to our SWEET LAVENDER Boutique